Khamis, 28 Februari 2008

100 fakta Kelantan, Fikir-Fikirkanlah


100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!


5 Persiapan Asas

Memperkasa aqidah dan fikrah
Memperkasa ilmu dan kepakaran
Memperkasa sikap, minda dan pemikiran
Memperkasa strategi dan metodologi
Memperkasa keupayaan menentukan worldview

" BN Ancaman Besar Kepada Rakyat Kelantan"

KOTA BHARU, 28 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa bimbang calon-calon Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menjadi "ancaman yang besar" kepada negeri itu.
Bercakap dalam sidang media hariannya di sini sempena pilihan raya umum kali ini, beliau berkata, hampir kesemua calon BN terdiri dari para peniaga.
"Mereka akan dahului diri sendiri (untuk merebut projek-projek pembangunan dan peluang-peluang darinya). Ini ancaman yang besar (kepada Kelantan)," katanya ketika menekankan bahawa calon-calon BN itu tidak diyakini oleh rakyat Kelantan sendiri.
Beliau juga menolak gembar-gembur BN mengenai pembangunan sambil menyifatkan mereka yang dipilih dari parti itu tidak membawa apa-apa perubahan kepada negeri Kelantan.
"22 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) BN (yang menang dalam pilihan raya 2004 lalu di Kelantan) gagal membawa apa-apa perubahan di kawasan yang mereka wakili," tegas beliau.
Mengambil contoh diskiriminasi dalam penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAM), beliau juga mengingatkan bibit perpecahan yang akan menular dengan lebih parah jika BN dibiarkan berkuasa.
"Rakyat yang layak diketepikan, ini membawa bibit perpecahan (di kalangan rakyat)," kata beliau mengenai bantuan yang sepatutnya disampaikan oleh Jabatan Pelajaran tetapi diambilalih oleh ahli-ahli politik BN.
Perkara itu, katanya, akan merosakkan perpaduan dan keharmonian yang begitu dirasai di negeri ini hasil usaha "kerajaan Tok Guru" (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).
Sambil memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merayu para pemimpin Umno di Kelantan bersatu-padu, Husam yakin BN tidak akan dapat membawa perpaduan di Kelantan.
"Kalau sama-sama Umno pun 'cah keting,' macam mana nak satukan rakyat?" beliau mempersoalkan.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin tentang jangkaan pelaburan RM112 bilion dalam program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang meliputi Kelantan, Husam bertanya: "Lima koridor (yang dilancarkan Perdana Menteri sebelum ini) memerlukan lebih dari RM1 trilion, mana nak cari duit? (Ini satu) fantasi".

Sabtu, 23 Februari 2008

Umno Kelantan malu, Dr Abdullah Sudin tarik diri tanding Pengkalan Chepa

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Hrkh) - Barisan Nasional khususnya Umno Kelantan menerima tamparan yang memalukan apabila calon yang diumumkan menentang PAS di Pengkalan Chepa, menarik diri kerana tidak pernah mengetahui atau bersetuju dengan pencalonan tersebut.

Menurut sumber, muka baru Prof Madya Dr Abdullah Sudin yang diumumkan semalam oleh Pengerusi BN negeri, Dato' Seri Annuar Musa sebagai calon BN dikatakan sudah menarik diri.
Malah, ada sumber mengatakan seorang lagi calon BN yang dimasukkan dalam senarai calon Parlimen BN dijangka turut akan mengumumkan penarikan diri kerana tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak mengenai pemilihan beliau sebagai calon.

Kes ini secara tidak langsung membuktikan kemelut dalaman Umno dan BN Kelantan semakin parah dan merencatkan usaha mereka untuk merampas tampuk pemerintahan daripada PAS.
Lebih memalukan menurut sumber, setelah melalui pelbagai karenah 'cah keting' di kalangan Umno, malangnya Annuar telah 'menyogok' Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bersetuju dengan calon yang tidak diketahui dirinya dalam senarai calon BN.

Semalam, Annuar mengumumkan BN Kelantan mengemukakan 17 muka baru dan meletakkan Dato' Dr Awang Adek Husin sebagai taruhan calon Menteri Besar yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Perupok.

Bagaimanapun menurut sumber, Awang Adek sendiri tidak yakin untuk menang di kerusi Dun yang diwakili Dato' Omar Mohamed sejak sekian lama. - mr

Senarai calon PAS Kelantan untuk PRU 12

Senarai penuh calon seperti berikut:

Parlimen Tumpat - Datuk Kamaruddin Jaafar
Pengkalan Kubor - (calon PKR)
Kelaboran - Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan - Datuk Ahmad Yaacob
Wakaf Bharu - Che Abdullah Mat Nawi

Parlimen Pengkalan Chepa - Abd Halim Abd Rahman
Kijang - Wan Ubaidah Omar
Chempaka - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor - Nik Amar Nik Abdullah

Parlimen Kota Bharu - Dato Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Tanjong Mas - Rohani Ibrahim
Kota Lama - Dato Anuar Tan
Bunut Payong - Dato Takiyuddin Hassan

Parlimen Pasir Mas - Dato Ibrahim Ali
Tendong - Dr Mohamad Md Daud
Pengkalan Pasir - Hanifa Ahmad
Chetok - Abdul Halim Abdul Rahman

Parlimen Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti - Nassaruddin Daud
Gual Periok - Mohamad Awang
Bukit Tuku - Abdul Fattah Harun

Parlimen Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
Salor - Dato Husam Musa
Pasir Tumboh - Ahmad Baihaki Atiqullah
Demit - Muhamad Mustafa

Parlimen Bachok - Nasharudin Mat Isa
Tawang - Hassan Mahmood
Perupok - Dato Omar Mohamad
Jelawat - Abdul Aziz Abdul Kadir

Parlimen Ketereh - (calon PKR)
Melor - Wan Ismail Ismail Wan Jusoh
Kadok - Azami Mohd Noor
Kok Lanas - Dato Ahmad Rosli Ibrahim

Parlimen Tanah Merah - (calon PKR)
Bukit Panau - Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh - Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang - Md Anizam Abdul Rahman

Parlimen Pasir Puteh - Muhammad Hussin
Selising - Drs Saiful Bahrin Mohamad
Limbongan - Drs Zainuddin Awang Hamat
Semerak - Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal - Dr Nik Mazian Nik Kohamad

Parlimen Machang - Saifudin Nasution
Pulai Chondong - Zulkifli Mamat
Temangan - Dr Mohd Fadzli Hassan
Kemuning - Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman

Parlimen Jeli - (tiada maklumat)
Bukit Bunga - Sufely Abdul Razak
Air Lanas - Abdullah Yaakub
Kuala Balah - (calon PKR)

Parlimen Kuala Krai - Dr Mohd Hatta Md Ramli
Mengkebang - Abdul Latiff Abdul Rahman
Guchil - (calon PKR)
Manek Urai - Ismail Yaacob
Dabong - Arifabillah @ Mohd Asri Ibrahim

Parlimen Gua Musang - (tiada maklumat)
Nenggiri - (calon PKR)
Paloh - (calon PKR)
Galas - Che Hasim Sulaiman

Jumaat, 22 Februari 2008

Mengejutkan! Bertanding di Parlimen Untuk Menjadi Menteri Besar!

Pengumuman senarai calon Barisan Nasional yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan semalam tidaklah mengejutkan. Selain kenyataan bahawa 70% muka baru akan dijadikan pertaruhan untuk merampas Kelantan hanya dilihat gimik politik (kenyataannya kurang dari 50% ), golongan berpengajian agama yang dipergunakan untuk memperdaya dan mengelirukan rakyat Kelantan kali ini tidaklah bebisa mana. Malahan, sistem dan budaya yang diterima pakai di dalam UMNO tidak memungkinkan golongan ini dapat menjadi mereka yang benar benar jujur dengan ilmu mereka.

Respon daripada penyokong bawahan UMNO sendiri dilihat tidak menunjukkan keselesaan mereka dengan percaturan politik yang dilakukan oleh Dato Seri Annuar Musa. Dengan Parlimen Kota Bharu sendiri menyaksikan pengingkiran Dato Zaid Ibrahim, manakala Parlimen Ketereh pula dirampas oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu sendiri, ia jelas menggambarkan sikap oportunistik dan berebut kuasa yang dimiliki oleh pencaturnya.

Sebagai seorang yang bercita cita menjadi Menteri Besar Kelantan, pemergian Dato Seri Annuar Musa mungkin dilihat sebagai satu pengorbanan, selepas beliau sendiri dilihat menjadi liabiliti kepada UMNO Kelantan. Di mana kekuatan beliau sekiranya bangunan UMNO Kelantan di Jalan Sultanah Zainab sendiri tidak dapat dikuasainya? Beliau terpaksa membuat pengumuman di kediamannya, Seri Puri, Bukit Marak. Itulah saja kubunya.

Senario yang ada hanya boleh ditafsirkan dengan kenyataan berikut: Hanya Pengerusi UMNO Kelantan yang akan berubah selepas PRU ke 12 nanti! Perginya Annuar Musa menginggalkan DUN Kelantan mungkin begitu dirasai, terutamanya di kalangan barisan ADUN UMNO/ Barisan Nasional, namun, yakinlah dengan tenaga baru dan lama yang bakal menjadi kekuatan kerajaan Kelantan PAS selepas ini (khabarnya akan diumumkan hari ini), UMNO / Barisan Nasional hanya sekadar boleh bercita cita! Sekali lagi mereka akan kempunan!

Khamis, 21 Februari 2008

A Chinese in Kelantan speaks out

Most non-Muslims, when you ask them about PAS, probably fear them more than they fear the evil BN. That fear is not entirely misplaced, because of PAS’ previously stated ambitions to make this country into an Islamic state.

But I would say, non-Muslims should fear the BN more, especially since BN is no longer an equal coalition, but one that is led by UMNO and UMNO Youth, followed by “dan lain lain”. In a bid to out-Islam the PAS, we have got UMNO politicians releasing statements to try to show the Kelantanese voters that they are also very strong in Islam. In the near term, non-Muslims should certainly fear BN more since BN has all the power, and PAS has limited power.

First, UMNO politicians claim that this country is an Islamic country, just to win some votes.Then, Badawi introduces Islam Hadhari, which honestly, could probably have just come out from a Pendidikan Moral textbook.

Recently, Najib promises Kelantan that the government will build many many mosques, and will turn Kelantan into an Islamic civilization hub. How that will help Kelantan, he didn’t say. And whatever an Islamic civilization hub really means, I don’t know either.

Right now, it seems like in UMNO’s zealousness to prove their Islamic credentials and win back control of Kelantan, the interests of non-Muslims in this country has been ignored or sidelined. So if it came down to it during the elections, if it’s BN vs. PAS for the parliamentary seat, how would you vote? Perhaps this letter from Richard Teo, taken from Lim Kit Siang’s blog can open up some eyes.

Yes the tide is turning in Kelantan but certainly not in favour of BN but for PAS. As a Kelantanese I can safely tell Najib the true current political situation in Kelantan. How could Zubaidah Abu Bakar speculate in the 6th Jan.2008 NST that “there are many in Kelantan who want to see a change of government”?

This is farthest from the truth. The Malay psyche in Kelantan is vastly different from the psyche of Malays from the other states. The Malays in Kelantan are astute when it comes to politics. That explains why it is the only Malay state where the opposition party other than UMNO has ruled for a substantial period since Merdeka.

During BN’s tenure, pork sellers in the Chinese market were harrassed daily . They were confined to a small inconspicous space where pork could be sold hidden from public view. There was conditional and restricted time when pork could be sold. When PAS took over the government in 1990, they improved the Chinese market and pork was sold without anyrestrictions . In short they were not harrassed.

Again, during BN’s tenure, Chinese could not buy houses built on Malay reservation land. Since most of the land come under the purview of Malay reservation, most Kelantanese Chinese could not own a home. But all these changed when PAS came to power.Under the able DUN of Kota Bharu, Dato Annuar Tan, 30% of houses built on Malay reservation land were allocated for sale to the Kelantan Chinese.

Any doubts where the Chinese loyalty lies can easily be dispelled by visiting the Chinese enclave in Jalan Kebun Sultan. Ask any Chinese business community there and they will brazenly tell you that they will vote for PAS. Yes the Chinese votes in Kelantan are solidly behind PAS.

It is also a fact that the Chinese miniority’s vote in Kelantan are insignificant and confined to only few seats where their votes are crucial for victory or loss. But in a state where a lot of seats are won and lost by a handful of votes this becomes immensely important where in the final analysis the fate of the government could merely depend on the margin of one ortwo seats.

The Malays in Kelantan were generous in giving Pak Lah a resounding victory in 2004. But this was partly due to PAS over-zealous Islamic reforms which persuaded the Malays to vote or Pak Lah’s Islam Hadhari.

Further they were captivated by Pak Lah’s assurance of tackling corruption which was beginning to be rampant in all branches of the government. But alas, Pak Lah was a disappointment. Instead he took it as an opportunity for his relatives and family to plunder the nation’s wealth by giving contracts to his son and son-in law.
There is a saying among the Malays in Kelantan that UMNO can fool the Malays in the other states with their rhetoric of ‘Ketuanan Melayu’ but they cannot fool the Malays in Kelantan . They are aware that BN has introduced many programmes and developmentprojects.

According to Datuk Annuar Musa “RM2 billion worth of projects are flowing into the state”. But the local malays will ask you who are the beneficiaries of these projects? Yes, its the UMNO cronies and the UMNO connected politicians who will secure all the majorcontracts.
Of late, the sprinkling of Indians are also behind PAS not due to Hindraf’s effort but because of the awareness that it was under PAS rule that a prominent land in Jalan Hamzah was approved for the Hindus to build a temple when the same approval was rejected by BN four times before.

Because of centuries of close proximity of Kelantan to Thailand and the close rapport between the Chinese and the Kelantanese Malays, the local Malays are not only intelligent and well-versed in commerce but they are very conversant with local and federal politics.

This perhaps explain why UMNO with their brand of politics can never fool the Kelantan Malays. In the coming general election BN will not only lose in Kelantan it will lose as badly as in 1990. This is not only a fact, it is a promise.

Rabu, 20 Februari 2008

RM15.3 juta bina Pejabat Tanah Jajahan Pasir Mas

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Orang ramai di jajahan Pasir Mas akan dapat berurusan di Pejabat Tanah dan Jajahan serta pejabat Majlis Daerah Pasir Mas dengan lebih selesa apabila bangunan baru dibina tidak lama.

Projek itu melibatkan kos sebanyak RM15.3 juta merangkumi pembinaan Pejabat Tanah dan Jajahan setinggi tiga tingkat, pejabat Majlis Daerah (tiga tingkat), dewan serbaguna, surau, kantin dan kediaman ketua jajahan dua tingkat.

Komponen tersebut akan dibangunkan di atas tapak seluas 10.21 ekar di Lubuk Jong, Mukim Apam di Pasir Mas.

Pembinaannya akan bermula pertengahan tahun ini, yang akan menjadi pelengkap kepada pembangunan Bandar Baru Apam, Pasir Mas yang kini sedang dalam pembangunan sekarang.
Baru-baru ini perjanjian persefahaman di antara kerajaan negeri dengan Syarikat Taman Semasa (M) Sdn Bhd diadakan bagi melaksanakan projek terbabit diadakan di Kota Darulnaim. Ia ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dan wakil syarikat terbabit.

Pemindahan pejabat pentadbiran ke lokasi baru bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar Pasir Mas.

Perjanjian bersejarah tersebut disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa, Datuk Anuar Tan Abdullah, Hassan Mohamood, Zulkifli Mamat, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Fauzi Mat.- mj

Konsep baru agama tidak cegah maksiat bercanggah syariat Islam

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) – Seorang ulama dari Yaman, Syeikh Al-‘Allaamah Habib Omar Muhammad menganggap mana-mana konsep baru agama yang didapati bertentangan dengan syariah Islam sebagai terkeluar dari ajaran agama.

“Termasuk juga ia memberi ruang untuk orang Islam melakukan maksiat maka itu terkeluar daripada syariah,” katanya ketika ditanya seorang peserta bicara ilmu yang diadakan di sini, baru-baru ini

Menurutnya apa pun konsep yang dicetus mana-mana pihak, namun lebih penting ialah tidak bertentangan dengan syariah.
“Kalau bertentangan dengan syariah, tidak boleh diterima,” katanya.

Pada awalnya pengasas Pusat Pendidikan Islam ‘Dar Al-Musthafa’ Yaman itu enggan mengulas isu mengenai konsep Islam Hadhari kerana menganggap ada hubung kait dengan politik.

Baru-baru ini ulama dari Al Azhar yang dijemput menghadiri Multaqa Alumni Al Azhar dilaporkan menyokong konsep baru agama yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Islam Hadhari.

Bicara ilmu bertajuk ‘Al-Tariqh Al-Sufiyyah Sebagai Manhaj Dakwah Ahlus Sunnah Wal-Jamaah Dalam Menghadapi Arus Globalisasi’ tersebut dianjur Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.
Beliau merupakan tetamu khas yang diundangkan pada program tersebut.
Syeikh Habib Omar yang juga Pengasas Pusat Pendidikan Islam ‘Dar Al-Musthafa’, Bandar Tarim Hadramaut bagaimana pun berharap negeri serta pemimpin Kelantan terus diberi kekuatan iman.

“Sepanjang pengamatan saya menziarahi Kelantan, saya mendapati amalan keagamaan di negeri ini hidup dengan baik. Dengan kekuatan iman tersebut, negeri dan pemimpin mampu melaksanakan usaha penyebaran Islam secara meluas.

“Mereka yang menggunakan ilmunya untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., nescaya Allah akan mengangkat martabatnya,” kata beliau.

Beliau juga memberitahu hasil penjelasan mengenai kesyumulan Islam menyebabkan orang Barat yang datang ke Pondok Darul Mustafa di Yaman akhirnya menarik minat mereka menganut Islam.

Menurutnya masyarakat barat menjelaskan manusia yang mengamalkan ideologi berteraskan kapitalis dan Komunis akhirnya dibenci masyarakat mereka sendiri.

“Namun ajaran Rasulullah saw semakin mendapat sanjungan dan diamalkan manusia kerana seruan baginda merupakan wahyu yang diturunkan dari Allah Taala,” katanya.

Mengenai usaha dakwah di era globalisasi sekarang beliau berkata, amalan Islam di dalam kehidupan seharian dan kebersihan jiwa boleh menarik perhatian orang lain.

“Kita hendaklah melayan manusia di sekitar kita dengan sentuhan jiwa dan akalnya. Melalui gambaran akhlak dan adat yang menitikberatkan Islam di dalam kehidupan seharian ia boleh menarik perhatian orang lain kepda Islam,” ujarnya. - mj

Isu calon hangatkan kembali kemelut Umno Kelantan

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) – Ketika Umno Terengganu sudah mengumumkan senarai calonnya hari ini, namun Umno Kelantan pula masih terkial-kial bagi mengisytiharkan barisan calonnya

Biar pun Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri sudah mengadap Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, namun masalah dalaman yang berlaku merumitkan lagi keadaan.

Sehingga kini semakin jelas Dato’ Zaid Ibrahim tidak tersenarai bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu.

Sebaliknya pemangku Ketua Bahagian, Dato’ Fatmi Che Salleh yang lebih rapat dengan Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak pula dikatakan bakal menggantikan tempat Zaid.

Fatmi pula dianggap semakin terdesak selepas kempen melalui ceramah-ceramah politik tidak mendapat sambutan.

Beliau sekarang terpaksa menggunakan khidmat Pos Malaysia bagi menghantar surat rayuan kepada setiap pengundi di Parlimen Kota Bharu.

Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi BN Kota Bharu beliau merayu pengundi memilih calon BN.

Fatmi yang sehingga kini dikatakan masih gagal menduduki bangunan pejabat Umno Bharu di Jalan Sultanah Zainab kerana dikuasai Zaid.
Ini menyebabkan beliau terpaksa menggunakan pejabat bangunan Umno Lama di Jalan Tengku Chik.

Sebelum ini Fatmi difahamkan menganjur ceramah di Jalan Telipot dan Jalan Kuala Krai yang hanya dihadiri segelintir penyokong Umno.

“Kawasan Dun Bunut Payong lebih ramai pengikut Zaid, ini menyebabkan tidak ramai ahli dan penyokong Umno yang keluar apabila Fatmi datang.

“Malah ketika berceramah di Jalan Telipot beliau mengadakan program mengacau bubur asyura yang hanya dihadiri budak-budak dan tidak ramai orang dewasa yang datang,” kata seorang penduduk.

Beliau juga memberitahu ketika ceramah diadakan di Jalan Kuala Krai, ramai pemimpin peringkat cawangan balik ketika program belum selesai.
Manakala Ketua Puteri Umno Kota Bharu, Khazuni Othman dijangka diturun di Dun Tanjung Mas.

Di Bunut Payong pula dijangka dicalonkan Ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Rosmadi Ismail dan Kota Lama diwakili calon daripada MCA.

Rosmadi disebut banyak pihak sebagai orang yang mendapat tender membina jambatan Sultan Yahya Petra kedua sebelum dijual kepada Redland.

Ramai pemerhati politik melihat tanpa kehadiran Zaid menyebabkan Umno Kota Bharu makin tidak bermaya.

Difahamkan Zaid tidak akan duduk diam kerana disingkir secara hina, di mana jawatan yang dimenanginya tidak diberi kembali selepas tempoh penggantungannya berakhir.

Menurut satu sumber sebagai kempen bagi menarik perhatian pengundi, Umno Kota Bharu dikatakan akan mengedarkan borang rumah mesra kepada rakyat berpendapatan rendah.

“Sedangkan borang tawaran rumah pada pilihan raya lalu sudah diagih namun rumah yang dijanji tidak pun kelihatan biar pun BN menang di Kota Bharu,” beritahu seorang penduduk.
Selain itu tawaran insurans bagi menjamin masa depan penduduk miskin sedang giat dikempen sekarang.

Di Tumpat, ramai melihat kelibat anak kepada Dato’ Dasuki Ahmad, Dr Asyrat Wajdi, pensyarah UIA yang disebut-sebut sebagai calon BN di Parlimen Tumpat.

Baru-baru ini beliau bersama Timbalan Ketua Bahagian Tumpat, Mohamad Nor Yaakub mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Pulau Beluru.

Pada majlis itu setiap penduduk yang hadir pada perjumpaan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru diberi kain pelikat.

Di Pasir Mas bekas anak didik Datuk Ibrahim iaitu Johan Che Pa dikatakan bakal menentang Ibrahim bagi merebut kerusi parlimen.

Di Rantau Panjang pula Ustaz Mohd Affendi Yusof akan diturunkan bagi kerusi Parlimen.
Rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno juga kini merebak ke Ketereh apabila Dato’ Alwi Che Ahmad yang disebut-sebut sebagai calon untuk diketengahkan dalam kabinet tidak menjadi kenyataan apabila haknya diragut Dato’ Annuar Musa.

Parlimen Ketereh dianggap kawasan selamat kerana mempunyai paling banyak undi pos di Kelantan iaitu sebanyak 3,457 orang.

Alwi difahamkan akan menggantikan tempat Annuar di Dun Kok Lanas.

Krisis di Jeli juga semakin merebak apabila Adhan Kechik dikatakan digugur kerana hubungan dengan ketua bahagian Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed telah lama renggang.

Sumber lain pula memberitahu Ketua Umno Bachok, Dato’ Dr Awang Adek Hussin dijangka bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dun Perupok pada pilihan raya ini.

“Ia sebagai persediaan menjadi Menteri Besar sekiranya BN menang di Kelantan,” katanya.
Namun ramai berpendapat Awang tidak mungkin dapat mengulangi kejayaan Mustapa sebelum ini yang memenangi Dun Air Lanas dan parlimen Jeli pada pilihan raya umum lalu.

Kata mereka pengaruh Timbalan Menteri Kewangan itu sudah merosot sekarang kerana banyak janji tidak menjadi kenyataan biar pun disebut berulang kali Umno mempunyai banyak wang. - mj

Jangan serang peribadi calon lawan ketika kempen – Mursyidul Am

KOTA BHARU, 20 Feb (hrkh) - Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan sesetengah anggota parti yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya mengenai istilah orang utan yang digunakan terhadap mereka yang engkar dengan perintah agama.

”Yalah... tak apalah tak puas hati pun, biasalah, zaman Rasulullah saw dahulu pun orang di keliling baginda ramai juga yang tidak berpuas hati terhadap sesuatu tindakannya ketika itu,” kata Menteri Besar Kelantan.

Bagaimanapun beliau menghalang ahli dan penyokong PAS menyerang peribadi terutamanya calon lawan dalam kempen plihan raya ini.

Katanya, PAS yang berjuang di atas landasan kebenaran tidak perlu menggunakan perkara negatif seperti sabotaj, memburukkan peribadi pihak tertentu terutama calon dalam kempen.
Menurutnya, Islam mempunyai banyak hujah yang perlu digali untuk pejuang Islam termasuk bagi menarik perhatian masyarakat antaranya yang terkandung dalam al-Quran, ...’semua utusan kami diutuskan untuk membawa hujah-hujah’.

”Pihak lawan yang tidak memperjuangkan Islam menggunakan dalih dan bukannya dalil ayat-ayat al-Quran sebagaimana yang PAS bawa,” katanya.

Baru-baru ini ketika bercakap kepada pemberita di Kedah beliau berkata, PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.

Ekoran kenyataan itu ramai pemimpin-pemimpin Umno marah kerana menganggap Menteri Besar Kelantan menyamakan mereka dengan orang utan.

Dan hari ini beliau sekali lagi mengulangi tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya kerana ia tidak menjadi satu kesalahan bagi menyedarkan pihak yang menolak ajaran Islam.

“Mana-mana yang Islam kata haram, kita akan mengharamkannya, mana yang halal kita juga akan menghalalkannya.

"Lagi pun cara tersebut bertujuan untuk menyedarkan pihak berkenaan yang merasakan diri mereka hebat dan bebas melakukan sesuatu,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, hari ini. - mj

Apakah yang ingin dirawat BN di Kelantan

Hanya BN yang mampu merawat Kelantan yang sedang parah akibat tidak pandai diurus oleh PAS yang sudah 18 tahun mentadbir Kelantan. Itulah yang boleh ditafsir oleh orang ramai terutamanya orang Kelantan dengan apa yang di maksudkan oleh Najib.

Atau lebih tepat lagi adakah Najib yang beriya-iya mengatakan orang Kelantan yang kebanyakkannya golongan cerdik pandai adalah sedikit bodoh kerana menyokong Parti PAS selama ini.

Disebabkan ramai rakyat Kelantan yang berada di kalangan orang-orang berkuasa di pusatlah maka mereka terasa jijik dengan kerakusan orang-orang besar dalam BN dalam meratah harta dan kekayaan negara.

Mereka-mereka yang berada di luar Kelantan inilah yang meracuni pemikiran rakyat Kelantan supaya tidak mengikut rakyat Malaysia yang lain yang masih setia dengan Umno/ BN kerana mereka sudah tahu apa yang akan terjadi kepada negeri Kelantan jika BN memerintah semula.

Jika mereka memerintah semula maka habislah kelab-kelab malam, tempat judi dan maksiat akan tumbuh seperti cendawan diseluruh bandar di negeri ini. (Masih ingat lagi semasa PRU tahun 1995, BN telah menggunakan isu hiburan kepada orang muda untuk menarik sokongan kepad mereka – kisah penulis sendiri).

Mereka-mereka ini pernah berjanji untuk menyediakan tempat-tempat hiburan kepada orang-orang muda jika memberi peluang kemenangan kepada mereka. Orang-orang Kelantan yang dahagakan syurga dunia tidak lagi perlu ke sempadan untuk menyeberangi Sungai Golok ataupun ke Kuantan mahupun ke Kuala Lumpur untuk berhibur.

Hanya dengan memberikan undi kemenangan kepada BN maka semua ini akan terhidang di depan mata. Walaupun mereka akan menidakkan semua penyakit dan gejala-gejala sosial ini tetapi apakah dapat mereka buktikan penafian ini sedangkan pada masa yang sama di negeri-negeri lain yang dikuasai mereka semua ini sedang bermaharajalela.

Menyentuh pula isu masjid yang sedang dijaja seluruh tanah air, tak perlu diulas panjang kerana di Kelantan ini hanya orang yang ke masjid saja tahu tentang perkara sebenar. Malah sejak zaman Rasulullah (SAW) lagi sudah wujud manusia yang lebih mementingkan pembinaan masjid yang gah tetapi pengisian di dalamnya adalah sifar.

Jika ini yang cuba dibawa oleh Najib Ke Kelantan maka simpanlah hasrat murni beliau itu. Cubalah fikir macam mana untuk memakmurkan masjid itu sendiri jangan hanya setakat melakukan upacara pecah tanah sahaja dan selepas itu berkokok di seluruh alam yang mereka telah membanyakkan Rumah Allah tetapi hakikatnya Rumah itu sepi tanpa penghuni.

Kalau betul beliau adalah Amirul Mukminin maka tarbiahlah anak isteri beliau untuk berpakaian secara muslimat. Al-Quran dan Hadis sudah mengariskan apa yang yang perlu dipatuhi, jika perkara asas dan wajib itu pun sangat sukar dituruti maka apa lagi yang boleh diharapkan untuk membawa rakyat ke jalan yang benar.

Apa yang diketahui ialah di Kelantan ini, rakyat berlumba-lumba untuk mendermakan wang ringgit mereka malah sehinggakan ada yang menyumbangkan harta benda untuk membina Rumah Allah. Kerana mereka tahu dengan derma mereka walaupun satu sen, balasan pahala daripada Allah (SWT) adalah berterusan sehingga ke hari kiamat.

Kerajaan Kelantan telah membuka jalan yang mudah untuk rakyatnya sama-sama mencari Keredhaan dan Rahmat-Nya. Kenapa perlu kita takbur dan memperlekehkan jalan yang dipilih orang lain sedang apa yang diumumkan dan ditaburkan itu adalah hasil titik peluh rakyat semuanya tanpa mengira parti mana yang mereka sertai.

Adakah rakyat yang menyokong pembangkang itu terpaksa dianaktirikan kerana kerajaan BN tidak pernah mengutip hasil dari setiap usaha dan titik peluh mereka. Jika ya, maka betullah apa yang dilaung-laungkan oleh Najib tetapi jika tidak maka kaki temberanglah orang Pekan yang bernama Najib ini.

Di Kelantan ini ada dua pihak yang mentadbir sebenarnya satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya negeri yang bersekali dengan pilihanraya umum manakala satu lagi adalah satu pihak yang dilantik secara khusus oleh kerajaan persekutuan atas alasan tidak yakin dengan peruntukkan geran tahunan dapat diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan negeri.

Malah selain daripada agensi itu terdapat lagi agensi yang lain yang mempunyai sifat seakan-akan kuasa autonomi malah mendapat peruntukkan yang banyak untuk mentadbir urus rakyat Kelantan.

Selain JPP yang tiada di negeri lain, terdapat lagi agensi seperti KADA, dan Kesedar yang didakwa banyak membina ekonomi rakyat Kelantan dalam kawasan masing-masing. Malah peruntukkan yang diterima oleh mereka setiap tahun oleh mereka mungkin lebih tinggi belanjawan kerajaan negeri itu sendiri tetapi masing-masing dalam kawasan-kawasan yang terhad.

Malah ada desas-desus yang mengatakan kakitangan JPP adalah lebih suka Kelantan terus dikuasai PAS. Kerana telah berlaku di Terengganu, apabila BN kembali berkuasa seluruh JPP di setiap daerah terpaksa ditutup dan orang-orang terengganu yang bekerja dengan agensi terbabit terpaksa dihantar ke agensi lain luar daripada Terengganu untuk terus berkhidmat.

Bayangkan jika ini berlaku kakitangan yang sudah 18 tahun bekerja di Kelantan terpaksa berkhidmat di luar Kelantan apabila BN menang, sedangkan BN melaung-laungkan akan membawa balik anak-anak Kelantan di perantauan bila mereka menang.

Berbalik kepada Kesedar dan KADA. Telah diketahui bahawa kedua-dua agensi ini menerima peruntukkan yang besar setiap tahun dari pusat, tetapi apakah kemampuan tadbir urus mereka sehinggakan sehingga sekarang penduduk-penduduk miskin dan miskin tegar kebanyakkan adalah dari kawasan mereka.

Jika peruntukkan kedua-dua agensi itu yang ditadbir urus oleh kroni-kroni pemimpin BN yang peruntukkannya hampir menyamai belanjawan negeri masih lagi di tahap lama maka apakah dapat mentadbir Kelantan dengan sebaiknya jika mereka menang nanti.

Dalam keadaan sebegini mahukah rakyat Kelantan kembali seperti zaman BN berkuasa dahulu. Perkara-perkara seperti maksiat adalah halal, agama dijadikan alat politik semata-mata, pemimpin dan kroni terus menjadi elit-elit kecil yang menguasai kekayaan negeri sedangkan apa yang diterima rakyat hanyalah sisa-sisa mereka yang layak dibuang kedalam tong sampah.

Apakah yang ingin di rawat oleh BN di Kelantan ini sedangkan mereka sendiri tidak pernah terdetik untuk merawat diri mereka sendiri yang sudah parah.

Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia – Nik Aziz

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan sekali sekala wajar digunakan perkataan yang agak keras bagi menyedarkan manusia.

“Maka orang yang tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan kalau tolak anugerah Allah maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan.

“Saya tidak guna perkataan political animal tetapi masih menggunakan perkataan orang. Tidak guna istilah animal (binatang) hanya sekadar saya sebut orang utan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Baru-baru ini ketika bercakap kepada pemberita di Kedah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS Kelantan bukan berdepan dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya orang utan yang tidak tahu undang-undang.

Menteri Besar berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi membolehkan kawan-kawan dalam Umno berfikir mengenainya dan jangan mudah cepat melatah.

“Ini kerana sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena rotan kalau tidak endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya kita rotan. “Saya sudah nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah kita rotan,” ujarnya.

Beliau mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia berdegil enggan mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala.

“Memanglah saya ada menyebut mengenai perkara itu. Bagi menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat langit, buat udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia.
“Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri kepadaNya. Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan,” tambah beliau. Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian sebenar.

“Sekali sekala perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah Taala dalam al Quran menyebut al an' aam’ yang bermaksud binatang.

“Allah sebut orang yang menolak al Quran macam binatang. Saya hanya sekadar sebut orang utan. Masih berlapik lagi menggunakan istilah orang,” katanya.

Bekas pensyarah kanan di fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad Daud berkata, tidak menjadi kesalahan apabila digunakan perkataan orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi peraturan agama.

Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang Badwi yang tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang bertamadun.
Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk kumpulan manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala. - mj

Najib patut 'rawat' negeri BN dulu sebelum 'rawat' Kelantan

Barisan Nasional nampaknya beriya-iya benar mahu merampas Kelantan daripada PAS menerusi pilihan raya umum kali ini. Sebab itu para pemimpin parti itu tidak henti-henti memperlekeh dan mengutuk kerajaan negeri itu di setiap kesempatan.

Kelantan disifatkan negeri mundur, tidak membangun dan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain diperintah BN. Kesemua kemunduran itu didakwa angkara PAS tidak berupaya melakukan apa-apa untuk memajukan Kelantan.

Terkini ialah penghinaan serupa dibuat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Ketika berucap pada satu majlis di Kota Bharu, Jumaat (15 Februari lalu), Najib sekali lagi menegaskan partinya berhasrat menawan Kelantan daripada PAS pada pilihan raya kali ini bagi melaksanakan pembangunan lebih rancak di negeri itu.

Dalam nada yang disebut orang Kelantan sebagai "nyenye", Najib mengatakan hasrat BN itu adalah bagi 'merawat' Kelantan daripada apa yang didakwanya kepincangan dan kegagalan pemerintahan PAS sejak 18 tahun lalu.

"Kalau (kerajaan) Kelantan mengisytiharkan 2008 sebagai Tahun Melawat Kelantan, saya isytiharkan tahun ini Tahun Merawat Kelantan kerana banyak kepincangan sosial dan ekonomi negeri ini perlu dirawat demi kesejahteraan rakyatnya," kata Najib.

Dalam satu majlis berasingan di Bachok pada hari sama, Najib turut menyifatkan kenyataan Menteri Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa rakyat Kelantan kini berpuas hati dengan pemerintahan PAS sebagai satu penghinaan terhadap maruah rakyat negeri itu.

Najib mendakwa, kenyataan Tuan Guru itu menusuk hati rakyat Kelantan kerana seolah-olah menggambarkan rakyat negeri itu hidup tanpa sebarang masalah di bawah pemerintahan PAS.
"Kalau puak ni (kerajaan PAS) kata tak ada masalah, kita anggap itu menghina maruah rakyat Kelantan," katanya.

Dakwaan Najib itu mengundang reaksi segera Tuan Guru Menteri Besar. Baginya umpan pembangunan dan kebendaan yang ditawarkan Najib itu sebenarnya lebih menghina rakyat Kelantan.

"Hina sangatlah kami di sini (Kelantan) sehingga ditawarkan umpan dengan begitu banyak seumpama lembu dan kerbau pula. Manusia bukan boleh dibeli dengan umpan duit begitu sahaja kerana kita ada maruah," katanya pada kuliah sempena program Munajat Rakyat Kelantan Bersama Tok Guru di Dataran Stadium, Kota Bharu awal pagi Sabtu.

Meski pun bersahaja, reaksi Tuan Guru itu sebenarnya bagaikan penumbuk yang kembali menerjah muka Najib.

Berdasarkan pengamatan penulis, sudah acapkali kenyataan para pemimpin BN yang cuba memperlekeh atau menghina kerajaan Kelantan bukan sahaja tidak berhasil, malah kembali memakan diri BN sendiri.

Kita tentu masih ingat kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid sebelum ini. Sewaktu berkunjung ke negeri itu Ogos lalu, Mahdzir dilaporkan berkata PAS mengamalkan pendekatan politik ketinggalan zaman. Maka rakyat Kelantan akan terus terpinggir jika masih memilih parti itu dalam pilihan raya umum nanti.

"Kalau asyik main politik cara 70-an lagi, saya fikir Kelantan akan terus tertinggal. Sudah sampai masa rakyat melihat masa depan lebih baik dan saya amat yakin dari hati saya, kali ini rakyat (Kelantan) akan menyokong BN," katanya.
Menariknya, Mahdzir mendakwa rakyat Kedah lebih bernasib baik kerana negeri itu diperintah BN. Maka, jika rakyat Kelantan inginkan kehidupan lebih baik, ia juga perlu diperintah BN.
Sekali imbas serangan Menteri Besar Kedah itu agak munasabah. Tetapi apabila diteliti tahap kemiskinan rakyat di negeri itu berbanding Kelantan, ia bukan sesuatu yang membanggakan BN.
Menurut perangkaan dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sekitar Oktober 2006, negeri Kelantan mempunyai 3,550 isi rumah miskin tegar. Angka itu meletakkan Kelantan hanya di tempat keenam dalam senarai negeri-negeri paling tinggi penduduk miskin tegar.
Sabah mengungguli senarai tersebut dengan jumlah 32,297 isi rumah miskin tegar. Ia diikuti Terengganu (8,300), Perak (5,730), Sarawak (5,243) dan Kedah (4,938). Secara sinis, apakah rasionalnya bagi Menteri Besar Kedah membuka mulut mengenai kemunduran Kelantan, sedangkan angka kemiskinan tegar di negerinya sendiri lebih tinggi berbanding negeri diperintah PAS itu?

Satu percubaan Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin untuk menidakkan usaha mendaulatkan Islam oleh kerajaan Kelantan juga boleh ditertawakan. Pada satu majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Kuala Lumpur, Januari lalu, Zainuddin menyifatkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak lagi revelan dalam memenuhi kehendak semasa rakyat.
Pendekatan agama diambil kerajaan itu, katanya, gagal menunjukkan Islam sebagai agama terbaik, berbanding apa dibuat negeri jirannya, Terengganu.

Zainuddin tersilap besar apabila cuba membandingkan Kelantan dengan Terengganu dalam bab agama. Semua orang tahu betapa di bawah pemerintahan BN, hal ehwal agama Islam mengalami suasana sangat mendukacitakan.

Meski pun BN Terengganu berbangga dengan usahanya membina puluhan masjid baru, ia sebenarnya gagal memakmurkan masjid-masjid itu. Kekurangan imam dan bilal semakin serius sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan sendiri.

Majlis-majlis kuliah dan tazkirah pula tidak mendapat sambutan. Penceramah agama mogok kerana elaun mereka tidak dibayar kerajaan negeri.

Usaha pencegahan maksiat juga semakin sukar. Jumlah penguatkuasa agama dikurangkan menyebabkan mereka dipersendakan para pelaku maksiat yang semakin ramai.
Justeru, mendakwa perkembangan Islam di Terengganu lebih baik daripada Kelantan adalah suatu pembohongan dan kejahilan fakta yang nyata.

Kenyataan Najib kelmarin juga satu lagi 'bola tanggung' dari BN. Apabila Najib cuba 'nyenye' kerajaan Kelantan dengan istilah 'merawat' yang ditukar dari perkataan 'melawat' itu, dia secara tidak sengaja mengundang padah kepada BN sendiri.

Pertama, sebagaimana dijawab oleh Tuan Guru, Umno dan BN sebenarnya yang lebih memerlukan rawatan berbanding rakyat Kelantan.

"Umno yang perlu dirawat, beri Al-Quran Umno tolak, beri perintah Allah Umno tolak, cerita tentang kebaikan Islam juga Umno tolak. Jadi seharusnya Umno yang mesti dirawat terlebih dahulu," kata Tuan Guru, sebagaimana disiarkan Harakahdaily semalam.

"Banyak penyakit dalam Umno, berebut pangkat, iri hati dan ini semua perlu diubati. Tak mahu kepada Islam lebih berat. Berubatlah segera. Rakyat Kelantan dah ada doktor, dah ada hospital sendiri, kami aman di Kelantan," sambung Tuan Guru lagi, seraya memulangkan paku buah keras buat Najib.

Kedua, 2008 bukan sahaja diisytiharkan Tahun Melawat Kelantan, tetapi juga Tahun Melawat Terengganu. Bagaimana jika PAS Terengganu mengguna pakai hujah Najib dan menjadikan 2008 adalah Tahun Merawat Terengganu?

Logik untuk usaha itu memang terbukti. Gejala sosial, jenayah dan kerosakan masyarakat memang sangat terserlah sejak negeri itu diambilalih BN empat tahun lalu.
Maka, sangat bersesuaian jika rakyat Terengganu menyerahkan negeri itu kembali kepada PAS untuk ‘merawat’ segala penyakit yang sedang melanda mereka. Oleh itu, bukankah hujah Najib itu juga satu pukulan buat BN?

Soalnya, apakah Kelantan memang jauh mundur berbanding negeri-negeri lain? Tahu tak berapa jumlah penerbangan dua hala KB-KL setiap hari? Berapa pula jumlah penerbangan dua hala KT-KL?

Carian di laman web dua syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airline (MAS) dan AirAsia mengesahkan jumlah kekerapan ke dua destinasi itu memihak kepada Kota Bharu.
Ada beberapa hari, jumlah berlepas dan ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Cepa ialah empat kali sehari setiap hala. Pada hari-hari lain ia bertambah kepada lima kali sehari setiap hala.

Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Telaga Batin, ketibaan dari atau penerbangan ke Kuala Lumpur hanya tiga kali sehari setiap hala. Perbandingan itu hanya untuk penerbangan pesawat MAS.

Bagi penerbangan pesawat AirAsia pula, laluan KB-KL sekerap empat kali sehari, manakala KT-KL hanya dua kali sehari.

Ertinya, jumlah penerbangan KB-KL melibatkan kedua-dua syarikat penerbangan itu ialah lapan atau sembilan kali sehari, begitu juga sebaliknya. Sedangkan kehebatan KT sebagai bandar raya hanya mampu menampung kekerapan penerbangan ke KL sebanyak lima kali sehari, begitu juga sebaliknya. Mana yang lebih maju antara keduanya?

Kedatangan pelancong ke dua negeri itu juga bukan perbandingan yang menguntungkan BN. Meski pun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berbangga dengan peningkatan jumlah kedatangan pelancong ke negerinya, jumlah itu rupa-rupanya hanya separuh mereka yang mengunjungi Kelantan.

"Kita berharap dengan Tahun Melawat Terengganu 2008, jumlah pelancong ke negeri ini meningkat kepada 3.5 juta berbanding tahun lepas dengan 2.5 juta pelancong," kata Idris ketika berucap pada majlis Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2008, di Kuala Terengganu, 1 Januari lalu.

Ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 (TMK '08) di Kota Bharu, 8 Februari, Tuan Guru Menteri Besar berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas.

Sehubungan itu, Tuan Guru percaya melalui promosi TMK '08 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta tahun ini akan tercapai.

Meneliti fakta itu, negeri manakah yang lebih diminati pelancong, Terengganu yang diperintah BN atau Kelantan di bawah PAS?

Dengan hujah-hujah diberikan tadi, negeri manakah sebenarnya yang lebih memerlukan 'rawatan' Najib? Kelantan atau negeri-negeri di bawah BN sendiri? - mks

Ahad, 10 Februari 2008

التذكرة

HADITH ANCAMAN TERHADAP PENGUNDI KERANA KEBENDAAN

‏عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ثَلاَثَةٌ لاَ يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

1) رَجُلٌ عَلَى ‏فَضْلِ ‏مَاءٍ ‏بِالْفَلاَةِ ‏يَمْنَعُهُ مِنْ ابْنِ السَّبِيلِ ‏

2) وَرَجُلٌ بَايَعَ رَجُلاً بِسِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَحَلَفَ بِاللَّهِ لَأَخَذَهَا بِكَذَا وَكَذَا فَصَدَّقَهُ وَهُوَ عَلَى غَيْرِ ذَلِكَ

3) وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لاَ يُبَايِعُهُ إِلاَّ لِدُنْيَا فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

1) Orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum Ibnu al-Sabil (para musafir yang kehabisan bekalan minuman).

2) Orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu. Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

3) Orang membai‘ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ‘Alaihi).

BN Janjikan Limpahan Pembangunan Di Kelantan???

Kedudukan BN dalam PR ke 12 untuk merampas Kelantan adalah dalam keadaan terdesak. Najib yang berada di Kelantan Kelmarin macam tidak sedar diri bercakap dengan kempen yang bukan, macamlah BN tidak dikenali oleh rakyat Kelantan. Apapun kita yakin Rakyat Kelantan akan terus memihak kepada BA bukan BN. Berikut adalah janji-janji manis Najib
Kata Najib,Kelantan bakal memperoleh kemajuan berganda yang tidak pernah dibayangkan jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-12, TPM itu berkata, limpahan pembangunan itu sekali gus menjadikan Kelantan sebagai model ketamadunan Islam bagi negara ini yang berpaksikan kecemerlangan peradaban, intelek, ekonomi dan pendidikan.Najib berkata, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan beliau sendiri cukup ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan yang sepatutnya memperoleh nikmat sebagaimana rakyat di negeri-negeri lain.‘‘BN betul-betul ikhlas nak membantu, kita tidak mahu janji kita ini menjadi igauan tetapi sebaliknya impian ini menjadi realiti.‘‘Kita tidak akan sekali-kali menjadikan Kelantan terus hanya bermegah dengan slogan-slogan besar semata-mata,’’ katanya.
Antara janji manis BN oleh Najib ialah untuk bina Lapangan Terbang yang Baru dan Stadium yang baru. Mengenai stadium macam orang tidak siuman Najib berkata‘‘Saya amat sedih apabila dapat tahu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, papan markahnya masih menggunakan orang untuk meletakkan angka, malah negara Afrika sekalipun dah guna sistem elektronik,” katanya.
Janji nak bina lapangan terbang pula Najib dipetik berkata ‘‘Kita mahu apabila sampai di lapangan terbang yang cantik dan selesa itu, kita akan lihat dua stadium serba moden tersergam.
Apakah stadium atau Lapangan terbang tidak boleh dibina kalau ianya dibawah Kerajaan Kelantan yang dikuasai oleh BA. Kenapakah limpahan yang dijanjikan akan dilaksanakan jika BN memerintah sahaja. Inilah kempen najib yang menampakkkan dia sendiri tidak cerdik. Sedangkan bos nya yang datang ke Kelantan semasa meresmi koridor pantai timur telah menjanjikan projek berbillion ringgit dihadapan MB Kelantan yang ada sekarang. Lawan bos nampaknya?
Selain itu kenapa Najib cuma bercakap tentang ketamadunan Islam dengan bahasa yang begitu bombastik sedangkan dinegeri lain yang dikuasai BN porak peranda semuanya. Lihatlah anak-anak muda Melayu khususnya di KL dan Lembah Klang adakah yang dihasilkan di sana yang dimaksudkan suatu ketamadunan.10Kaya atau miskin rakyat Kelantan kita yakin pada hati dan budinya yang tidak pernah mudah termakan oleh gula-gula Najib yang merupakan "racun" yang sangat berbisa. Ayuh rakyat Kelantan kita malukan Pak Lah dan najib yang menjadi "tok Dalang" dengan skripnya yang tidak boleh pakai. macam cerita Ramayan dan Mahabrata yang telah lama ditolak oleh rakyat Kelantan.
Sumber : Cina Islam

Politik Faktor Tarikan Pengunjung Ke Kelantan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, corak pemerintahan Pas yang berbeza daripada Kerajaan Pusat merupakan salah satu faktor tarikan pelancong asing dan tempatan ke negeri itu.Katanya, perbezaan itu menambahkan keunikan Kelantan selain kelainan cara hidup yang dikaitkan dengan pelbagai bentuk kesenian tradisional dan makanan di samping keramahan penduduknya.
Sehubungan itu , beliau percaya melalui promosi Tahun Melawat Kelantan 2008 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta akan tercapai.Beliau berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan mereka mencecah RM1.6 bilion."Saya yakin sasaran tahun ini dapat dicapai berdasarkan kepada perkembangan masyarakat dunia yang ingin melihat apa yang sedang berlaku di Kelantan terutama sistem pemerintahan yang berasaskan Islam," katanya.Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 di sini malam tadi.
Sempena pelancaran itu, lebih 40 kumpulan kebudayaan dan kesenian rakyat pelbagai kaum menyertai perarakan mengelilingi bandar ini bagi memeriahkan sambutan.Nik Abul Aziz berkata, bagi mencapai matlamat itu pihak Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan mempergiatkan promosi ke beberapa negara Timur Tengah, Belanda dan negara jiran.
Menurutnya sepanjang kempen itu Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan menganjurkan pelbagai program bulanan termasuk peringkat antarabangsa terutama pertandingan Go-Kart, pesta wau antarabangsa dan pesta makanan ASEAN.
Menurut beliau lagi, pondok-pondok pengajian agama yang dibina oleh ulama-ulama masa silam bagi mengukuhkan kerohanian rakyat, boleh dikunjungi.''Ratusan kuih muih tradisional, makanan laut dan sifat ramah mesra rakyat, Kelantan dapat memikat hati pelancong menerusi pameran dan persembahan kesenian," ujarnya.
Beliau berkata, kehalusan seni rakyat Kelantan dalam menghasilkan barangan kraftangan yang terkenal seperti batik, kain songket, barangan perak dan pelbagai bentuk wau juga merupakan satu daya penarik. (Sumber : Bernama)

Rabu, 6 Februari 2008

Inilah Akibatnya...

" Ramai tinggalkan kerusi ketika Perdana Menteri berucap "

KOTA BHARU, 5 Feb (Hrkh) – Arus perubahan politik rakyat semakin jelas kelihatan apabila ramai kakitangan awam membayangkan pendirian selepas kehidupan seharian tambah tertekan disebabkan urus tadbir negara yang silap.

Biar pun penjawat awam di Kelantan dikerah hadir pada dua program Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini semalam, namun mereka kelihatan seperti memprotes dalam senyap apabila ramai meninggalkan majlis ketika Perdana Menteri sedang berucap.

Guru-guru dan kakitangan kerajaan yang boleh dicam melalui tanda nama disemak di baju mereka, yang berada di bahagian belakang meninggalkan majlis.

Sedangkan sebelum itu ketika ucapan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin mereka masih berada di kerusi masing-masing.

Mereka mundar mandir di khemah lain yang merupakan tempat pameran produk pertanian tanpa mengendahkan mesej disampaikan Perdana Menteri.

“Semua guru di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu dikerah hadir pada program perletakan batu asas Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjung.

“Manakala pegawai dan kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) diwajibkan hadir pada program perjumpaan Perdana Menteri dengan warga Kelantan Selatan di Manek Urai, Kuala Krai,” kata seorang pegawai kerajaan.

Seorang guru yang sarat mengandung melahirkan rasa kesal kerana diarah hadir pada program Perdana Menteri di Tunjung, biar pun ia tiada kaitan langsung dengan program pendidikan.

Biar pun terhinjut-hinjut beliau dengan ditemani teman-teman guru lain terpaksa juga hadir pada program itu. Ada di kalangan mereka dibekalkan payung cap dacing bagi menyambut kedatangan Abdullah.

Banyak bas sewa khas dan kenderaan milik jabatan kerajaan persekutuan kelihatan di parker khas yang disediakan di sebelah tapak perasmian Teman.

Manakala guru-guru di luar daripada Kota Bharu difahamkan diminta menghantar 10 orang wakil dari setiap sekolah.

Kelihatan hadir sama di majlis itu yang diadakan di tengah bekas bendang padi tersebut termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa.

Bagaimanapun kemusykilannya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang dikatakan bakal menggantikan tempat Annuar tidak pula kelihatan.

Bagi mengelakkan berulang seperti peristiwa pecah tanah projek pembinaan jambatan Sultan Yahya kedua pada Ogos, di mana tidak ramai hadir, pihak penganjur turut menjemput Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azamli Jamaluddin sebagai wakil tunggal kerajaan negeri.

Manakala pemimpin kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr Nik Mazian Nik Mohamad pula tidak dijemput.

Biar pun program itu menggunakan peruntukan kerajaan Pusat, namun bendera Umno dipasang di sepanjang jalan menghala ke tempat program.

Teman merupakan sebahagian daripada kompenan pembangunan bandar baru Tunjung dirancang kerajaan negeri yang dikendalikan di bawah Perbadanan Menteri Besar.

Seorang guru yang enggan dikenali berkata, mungkin kakitangan awam melihat ucapan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang mesej sehingga mereka bangun dari tempat duduk.

“Perdana Menteri menceritakan agak berjela mengenai Menteri Besar Selangor yang mahu melaksanakan projek ternakan ikan keli tidak menarik perhatian umum.

“Beliau juga sering tersasul sehingga nama Annuar Musa pun tidak diingati sehingga mahu disebut Musa Aman,” katanya.

Teman sebenarnya sudah diuar-uarkan sejak lapan tahun ketika Datuk Seri Effendi Norwawi menjadi Menteri Pertanian. Kerajaan negeri sejak awal lagi menyediakan tapak bagi Teman.

Projek itu bakal dibangunkan di kawasan seluas 54 ekar dengan kos RM110 juta. Ia dijangka siap pembinaan pada hujung 2009. Projek itu merupakan pertama di negara ini.

Dan kini menjelang pilihan raya umum ke-12, baru pecah tanah projek itu dilakukan.
Bagaimanapun ramai mengadaikan ia akan menjadi seperti projek jambatan Sultan Yahya kedua selepas enam bulan pecah tanah dilakukan kerja-kerja pembinaannya tidak serius dilakukan.




Selasa, 5 Februari 2008

Universiti, pelajar IPT diperguna Dato Pa

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terus membiarkan diri mereka dipergunakan Umno-BN dengan projek Baktisiswa Perdana di semua 45 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Berdasarkan maklumat yang diterima Harakahdaily, modus operandi program tersebut bermula serentak dengan program 'roadshow' atau jelajah Menteri KPT, Dato' Mustapa Mohamed yang diadakan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam satu program 'Sesi Dialog bersama Menteri Pengajian Tinggi' yang melibatkan seluruh pelajar dan kakitangan tertinggi universiti.

Pengisian sesi dialog tersebut hanyalah penerangan mengenai isu-isu semasa yang menjelaskan kelemahan kerajaan dan Umno-BN seterusnya memberikan imej yang buruk kepada pembangkang menjelang pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, semua Naib Canselor dan Timbalan-timbalan mereka diwajibkan menghadiri majlis perasmian program Baktisiswa Perdana tersebut oleh Mustapa di Universiti Malaysia Kelantan pada 6 Februari yakni esok.

Menurut sumber-sumber, program anak angkat yang dinamakan Baktisiswa ini telah dimulakan awal sejak cuti semester yang lalu pada bulan Disember secara berperingkat.
Katanya, setiap IPT diminta menghantar sejumlah pelajar yang tidak ditetapkan, sehingga boleh mencecah seratus orang yang telah dipilih oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ataupun Persatuan Aspirasi bagi menyertai program tersebut.

Kebanyakan daripada peserta adalah mereka yang berasal daripada Kelantan dan Terengganu.
Sumber turut menyatakan, mereka (MPP ataupun Aspirasi) merupakan pihak yang dilantik oleh pihak KPT untuk mengendalikan proses penyaluran tenaga pelajar ke program tersebut. Taklimat awal mengenai tugasan yang akan dijalankan di kawasan yang telah ditetapkan dibuat di kampus sebelum bertolak ke Kelantan.

Namun, tarikh mula program tersebut bagi sesetengah IPT tidak sama yang menyebabkan mereka tidak mengetahui lokasi dan tarikh ia dijalankan. Jika ada yang mempunyai tarikh yang sama, mereka tetap tidak mendapat maklumat mengenai gerak kerja dan kedudukan masing-masing.

Kesemua ini telah dirancang oleh KPT yang dipengerusikan sendiri oleh menterinya, tanpa menggunakan sebarang surat-menyurat bagi mengelakkan strategi ini dapat 'dihidu' oleh pihak tertentu khususnya pembangkang. Semua arahan-arahan dibuat secara terus daripada Mustapa dalam mesyuarat timbalan-timbalan Naib Canselor.

Program yang dibuat dalam Baktisiswa Perdana ini merangkumi aktiviti kemasyarakatan sebagai platform mereka 'bermain dengan psikologi' penduduk kampung. Di sesetengah tempat, para pelajar ini ditugaskan untuk menjalankan aktiviti culaan bagi membantu gerak kerja bilik gerakan Umno-BN.

Majlis-majlis yang bersifat dialog menjadi tempat Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) berucap serta medan mengumpulkan orang-orang kampung untuk mendengar 'gula-gula' mereka khususnya penjelasan beberapa isu semasa khususnya bagi menghadapi PAS dalam pilihan raya nanti.

Penduduk kampung yang terlibat juga didakwa disogokkan dengan wang serta hadiah yang kononnya bagi menggambarkan keprihatinan Adun kawasan itu.
Manakala bagi Dun yang dikuasai PAS, Ketua Umno Bahagian akan turun mengisi program yang dijalankan.

Setiap keluarga didakwa diberikan wang sebagai ole-ole kepada keluarga terbabit, di samping barang-barang keperluan termasuk bahan-bahan mentah makanan.

Terdapat juga sesetengah keluarga yang mendapat dua orang anak angkat disebabkan kegagalan pihak penganjur mendapatkan bilangan keluarga yang diminta.

Selain itu, menurut sumber lagi, orang-orang kampung yang terlibat memang teruja menerima kehadiran anak angkat yang terdiri daripada pelajar universiti. Tugas anak angkat pula dikhususkan memberi penjelasan mengenai isu-isu semasa sambil mengambil hati keluarga angkat, seterusnya memanjangkan hubungan tersebut setelah mereka selesai program tersebut.
Tujuan utama mereka adalah untuk merapatkan hubungan serta menanamkan keyakinan penduduk kampung tersebut kepada setiap apa yang dikatakan oleh anak angkat masing. Tambahan pula, anak-anak angkat tersebut membawa keluarga angkat masing-masing untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Adun BN.

Bagi pengurusan pemilihan keluarga angkat pula, pihak Umno-BN kawasan yang diketuai oleh Ketua Bahagian masing-masing telah menetapkan bilangan dan lokasi rumah keluarga angkat yang akan diduduki oleh pelajar terbabit. Kebanyakan keluarga yang dipilih merupakan keluarga yang berada 'atas pagar'.

Harakahdaily sebelum ini pernah melaporkan mengenai program tersebut yang telah bermula seawal bulan Disember lalu.

Program seumpama itu diadakan di beberapa tempat di Kelantan yang mewajibkan setiap universiti menghantar 10 mahasiswa Kelantan untuk program culaan anjuran Umno-BN.
Setelah curiga dengan maklumat yang disampaikan menerusi surat, akhir-akhir ini setiap arahan dan makluman kepada pegawai bahagian Hal Ehwal Pelajar dibuat secara lisan yakni tidak menggunakan sebarang surat ataupun notis bagi mengelakkan maklumat tersebut daripada bocor.

Program-program baktisiswa dan operasi khidmat masyarakat telah dibuat Umno-BN pada tahun lepas di beberapa kawasan tertentu di Kelantan khususnya di Jeli dengan menggunakan nama KPT untuk tujuan yang sama bagi memastikan penguasaan Umno-BN di Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Akhir-akhir ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Umno-BN kelihatan begitu 'aktif' turun ke negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu dalam misi mengekang kemaraan PAS yang meletakkan sasaran untuk mengekalkan kuasa di Kelantan serta merampas kembali Terengganu. -

Jumaat, 1 Februari 2008

Perutusan Hijratul Rasul Tuan Guru-1429

HIJRAH biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.

Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat